TADIKA PERMATA ADIK PINTAR

TADIKA PERMATA ADIK PINTAR

Selamat Bertamu di Laman Kami

Selamat Bertamu di Laman Kami

PENDAFTARAN 2010 DIBUKA SEKARANG

PENDAFTARAN UNTUK SESSI 2010 PELAJAR 4, 5 & 6 TAHUN DIBUKA. DAFTAR SEGERA, TEMPAT TERHAD.
HUBUNGI KAMI UNTUK KETERANGAN LANJUT/TEMUJANJI.

Friday, October 30, 2009

PERSIAPAN HARI GRADUASI

Assalamualaikum wbt...

Tup tap tup tap... dah tiga hari kami berjuang dengan final exam. Amboi... pening kepala guru-guru kami nak handle anak-anak ni menjawab soalan. Bukan macam sekolah rendah.. darjah satu ke.. bagi kertas, dok diam-diam ha.. jawab.

Untuk anak-anak tadika ni, mereka perlukan perhatian kita... perlukan tunjuk ajar kita. Untuk pelajar 6 tahun, boleh lah sedikit berdikari apabila mereka sudah pandai membaca dan menjawab soalan. Itu pun perlu disemak kerana al-maklumlah... pemahaman mereka amat sedikit. Kekadang, lain soalan, lain jawapannya.

Untuk anak-anak 4 & 5 tahun, mereka ini memang perlukan perhatian individu. Hanya dua tiga orang sahaja yang mampu menjawab sendiri soalan yang diberi, selebihnya memang perlukan 'guidance'. Ada yang hanya akan menulis apabila kita perhatikan, ada pula yang banyak melayang ke lain pemikirannya, ada juga yang suka-suka mengusik pelajar lain... wah.. macam-macam kerenah. Sakit kepala pun ada, nak tergelak pun ada ...

Apa pun.. exam ni bukanlah pengukur sebenar kebolehan dan penerimaan mereka. Kanak-kanak ni sifatnya... mendengar, melihat, meneliti dan berfikir ... tetapi kadang-kadang hasilnya hanya akan datang dua tiga tahun nanti.. Itulah yang pernah diberitahu kepada kami oleh Mr. Bernard (MiKids) sewaktu Kursus Mikids tahun lepas. Ada benarnya apa yang dikata.

Hmmm... selepas ni sudah pasti kami guru-guru akan sibuk pula dengan persiapan Hari Graduasi yang akan diadakan pada 22 November 2009. Hari yang akan meraikan tamatnya zaman tadika anak-anak 6 tahun dan akan bermulanya kehidupan mereka sebagai pelajar yang sebenar.

Setakat ini, bermacam-macam acara telah kami rangka untuk persembahan pada hari tersebut. Dikir Barat, Bacaan Doa, Amali Solat, Bacaan Jawi, Nasyid, Medley dan Tarian Tradisional. Wah.. penat ni nak melatih anak-anak kecil ini. Guru-guru pula bukanlah berbakat sangat.

Sekarang ni pun, kami sedang sibuk menghias tadika dengan hasil kerja anak-anak ini. Tentu ibu bapa yang mengambil berat tentang anak-anak mereka akan kagum dengan apa yang dihasilkan oleh anak-anak ini. Mungkin di rumah mereka tidak mahu melakukan apa yang kita minta tetapi di tadika mereka amat seronok melakukan perkara-perkara seperti seni, tulisan dan juga kraf.

Apa pun, diharap majlis itu nanti akan berjalan dengan lancar.

Selamat...selamat...selamat semuanya...


Yusnida Yusoff

* Dilema... apakah hanya dengan bernasyid, berdoa itu sahaja kita dipanggil Islamic? Tidak Islamic kah bila anak-anak kecil ini diajar tarian moden... atau sesuatu yang moden? Apakah dengan mengikut arus kemodenan ini kita boleh dilabel tidak Islamic? Perlukah sesebuah tadika itu mewajibkan pemakaian tudung kepada anak kecil ini, maka ia digelar Islamic? Bukankah menerap dan memberi pemahaman keutamaan dan kewajipan itu lebih bagus untuk membina sahsiah daripada memaksa mereka? Ada antara mereka yang tamat belajar di dlm arus kemodenan ini boleh menunaikan solat 5 waktu dengan lengkap bacaannya. Ada di antara mereka yang di bawah arus kemodenan ini mampu membaca ayat-ayat lazim dan doa-doa dengan lancar malah bacaan jawi juga boleh menandingi pelajar tahun 1 dan 2. Malah, asas fardhu ain mereka cukup kukuh...

Saya masih dlm dilema dgn pandangan masyarakat yang rata-ratanya berpendidikan tinggi.. tapi entah lah..... mungkin saya silap.........

Tuesday, October 20, 2009

EXAM FEVER ...



Assalamualaikum wbt...

Seperti biasa, selepas demam raya, Adik Pintar sekali lagi akan berdepan dengan fever... kali ni Final Exam Fever.. rasa macam di sekolah rendah pulak.

Guru-guru kami sekarang sedang sibuk menghabiskan silibus dan merangka kertas peperiksaan.. bukan senang tu.. dah macam nak pecah kepala. Dalam masa yang sama, kami juga terpaksa mencari idea untuk persembahan pelajar pada Hari Graduasi yang akan diadakan tidak lama lagi.

Untuk ibu bapa yang rajin melawat laman kami ini... kami harap tuan/puan dapat membantu anak-anak ini mengulangkaji pelajaran mereka. Persiapan awal untuk peperiksaan yang akan diadakan pada minggu depan; 28/10 - 2/11 (Rabu - Selasa). Jadual dan notis akan diberikan di dalam Message Book para pelajar.

Hmm... soalan spot? Tak de... tapi boleh lah dikatakan semua topik akan keluar. Untuk pelajar 5 tahun, mengenal huruf dan abjad amat penting. Hari ini mereka telah mula belajar membaca, bukan senang untuk meninggalkan nota di dalam minda mereka tentang konsep membaca yang betul, tapi alhamdulillah.. ada la 5 -6 orang yang telah mula faham. Terang hati pelajar-pelajar ni..

Pelajar 6 tahun pula... hmmm... kena studi habis-habisan. Tatabahasa dan grammar sudah tentu ada dalam kertas soalan saya. Kertas soalan Ustazah Sofea juga bukan mudah. Tapi rasanya, anak-anak ini sudah 'well prepared' untuk menempuh peperiksaan akan datang..

Bagi ibu bapa yang berminat untuk bertanya/mendaftar bagi sesi 2010, anda boleh berbuat demikian sekarang. Tempat adalah terhad kerana kami mementingkan kualiti lebih daripada kuantiti.

Jadi... SELAMAT BERJUANG UNTUK GURU-GURU DAN ANAK-ANAKKU...


Yusnida Yusoff

Wednesday, September 23, 2009


Assalamualaikum wbt...

Kami mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Kami menyusun sepuluh jari pohon ampun dan maaf andai selama kami mendidik anak-anak ini, ada terkasar dan tersilap, terlepas pandang, terkeras sikap ... maafkan lah kami. Kami juga tidak lepas daripada melakukan kesilapan dalam membimbing dan membina insaniah dalam diri mereka.

Mohon maaf juga kami untuk ibu bapa, para pelawat dan penduduk sekitar andai ada terkasar bahasa dan tersilap kata dalam kami melayani anda.

SALAM AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN


......Kami Warga Tadika/Taska Adik Pintar ......

Wednesday, August 19, 2009

SEMESTER BREAK, RAMADHAN N TEST II.....

Assalamualaikum wbt...


Kita semakin mendekati hujung Ogos... bulan kemerdekaan yang penuh makna bagi kita. Dalam bulan ini, tugas kami para guru menyemai benih-benih kecintaan kepada negara, rasa syukur hidup dalam kedamaian dan menyemarakkan semangat patriotik kepada para pelajar. Anak-anak kecil ini diajar lagu-lagu patriotik, erti kemerdekaan dan semangat juang para pejuang handal sehinggalah lahirnya Malaysia. Semua ini kami lakukan dengan kesedaran bahawa anak-anak ini harus tahu apa itu erti Merdeka. Kami galakkan mereka mengibar Jalur Gemilang di rumah. Kami galakkan mereka menyanyikan lagu 31 Ogos (Allahyarham Sudirman) di samping Negaraku agar semangat cintakan negara tidak pudar.

Semakin hampir pengakhir Ogos... semakin dekat kita kepada Ramadhan. InsyaAllah, pada tahun ini, kami masih lagi akan meneruskan tradisi tahun-tahun lepas, melatih anak-anak kecil ini berpuasa. Waktu makan (rehat) mereka akan kami gantikan dengan aktiviti ringan seperti membaca buku cerita, bercerita, tidur atau permainan dalaman. Latihan berpuasa ini diharap dapat mendidik mereka untuk melakukan amalan wajib yang dituntut ini daripada kecil. Alhamdulillah, seminggu awal berpuasa, anak-anak ini sedang bercuti (Semester II Break), moga mereka ini akan mendapat rehat yang mencukupi untuk memulakan amalan berpuasa. Kepada ibu bapa, kami berharap agar amalan berpuasa ini dapat diterap di rumah juga walau pun hanya untuk setengah hari untuk membiasakan mereka. Kami juga berharap ibu bapa akan lebih peka dengan Senario Penyakit Influenza A (H1N1) yang semakin serius hari ke hari. Semoga ibu bapa dapat mengambil langkah berjaga-jaga yang sewajarnya.

Kepada guru-guru, di samping bercuti dan menjalani ibadat puasa, jangan lupa tugas kita untuk menyediakan kertas soalan untuk Test II yang akan diadakan pada 8 September 2009. Hmmm.. Ustazah Sofea, nampaknya bersilatlah ye untuk paper Science, B. Arab dan P. Islam. Teacher Ita pula... walau pun nampak mudah, tapi diakui penyediaan paper untuk 4 years Class memang rumit dan perlukan idea-idea baru yang boleh memeningkan kepala. Apa pun... semoga kita berjaya melaksanakan amanah ini dengan sempurna.

Kepada ibu bapa, para pelajar dan kakitangan Tadika/Taska Adik Pintar, kami mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan dan moga Ramadhan tahun ini memberi seribu rahmat dan pengertian buat kita. Buat Anak-anak Tadika Adik Pintar... selamat bercuti ... jangan lupa ulangkaji pelajaran untuk Test II yang akan datang... (Homework Cikgu pun jangan lupa siapkan ye....)...

*** Untuk Adik Sabrina Sham Sulbahri... semoga cepat sembuh. Cikgu Yus, Ust. Sofea dan Tch Ita mendoakan kesejahteraan dan kesihatan yang baik untuk Sabrina agar dapat menyambut Ramadhan dan cuti ini dengan keluarga.


SALAM AL-MUBARAK...


Yusnida

Post-Mortem Karnival Sukaneka 2009

Alhamdulillah, Karnival Sukaneka 2009 kami telah selamat dijalankan dengan jayanya. Berkat kesabaran dan ketekunan semua pihak, Karnival Sukaneka ini bermula dan berakhir dengan meriah.

Terima kasih kami yang tak terhingga kepada semua ibu bapa yang telah menjayakan sukaneka ini, para penyumbang yang telah bermurah hati memberi sumbangan berupa barangan/hamper/wang untuk memeriahkan lagi majlis ini, para tetamu, para peniaga yang menyertai kami, semua pelajar dan guru-guru serta kakitangan (daripada Tadika Adik Pintar dan Tadika Cahaya Iltizam) yang telah bertungkus-lumus melatih para pelajar dan menyediakan segala peralatan untuk menjayakan aktiviti ini.

Sedikit kupasan yang dapat saya lakukan.... alhamdulillah, dalam keadaan kesihatan yang kurang memuaskan, para pelajar masih dapat menjayakan program sukaneka ini dengan segala kepayahan dalam kegembiraan. Kami juga dapat menyaksikan betapa hebat sokongan moral yang diberikan oleh ibu bapa kepada anak-anak ini. Segala bantuan diberikan untuk memastikan pasukan anak-anak ini menang... (ada kalanya saya merasakan sukan kali ini lebih kepada sukan ibu bapa... apa pun.. memang menyeronokkan). Kehebatan para bapa juga ditonjolkan apabila dua hadiah digondoli oleh mereka dalam Acara Terbuka Ibu - Menganyam Ketupat. Siapa kata orang lelaki tidak boleh lakukan... mereka telah buktikan mereka BOLEH! Terpana kami kaum ibu seketika dan lebih hebat lagi... Acara Mengopek Kelapa yang menyaksikan hanya beberapa saat sahaja para bapa berjaya melakukannya. Ini membuktikan betapa moden pun dunia hari ini, adat dan amalan lama masih lagi utuh di hati kita. Syabas untuk semua.

Terima kasih juga kami kalungkan kepada Yg Berbahagia Imam Rosyam b. Mohamad, Ahli Majlis Daerah Kuala Selangor yang telah sudi membacakan doa selamat serta merasmikan Karnival Sukaneka 2009 kami, Yg Berbahagia Prof. Mohd. Khalil selaku Penasihat TAP yang juga telah sudi memberikan sepatah dua kata mewakili TAP serta nasihat-nasihat beliau dalam menjayakan aktiviti ini. Hanya Allah yang boleh membalas jasa baik semua.

'Terima Kasih Daun Keladi...
'Aktiviti Kami Sertailah Lagi...'


Yusnida
Ogos 19, 2009

Sunday, July 19, 2009

Friday, July 17, 2009

KARNIVAL SUKANEKA 2009

Assalamualaikum wbt..dan salam sejahtera...

Sedar-sedar dah masuk bulan Ogos hari ni.. kesibukan kami dalam mengendalikan kelas dan latihan anak-anak di Tadika Adik Pintar membuatkan kami jarang dapat mengadap pc dan mengemas kini blog tadika ini.

Dalam bulan Jun dan July ini, kami dapat melihat kemajuan yang sangat memberangsangkan dalam pendidikan anak-anak tadika terutama anak-anak di kelas 6 tahun yang hampir kesemuanya telah mula membaca dengan lancar. Jika sebelum ini mereka datang kepada kami dengan hanya berbekalkan ilmu bacaan yang amat sedikit... mengeja dan merangkak suku kata, alhamdulillah, kini mereka boleh membaca dengan pantas. Bacaan mereka merangkumi Bahasa Melayu, English dan Jawi. Terima kasih kepada guru-guru kami dan ibu bapa yang banyak memainkan peranan dalam kejayaan ini.

Oppss... sebelum terlupa, Tadika Adik Pintar akan mengadakan Karnival Sukaneka 2009 bergabung dengan rakan kami dari Tadika Cahaya Iltizam pada 2 Ogos 2009 (Ahad), jam 8 pg ke 12 tgh di Taman Permainan 2B4, Lorong Az-Zaharah 10/4, Shah Alam 2, Bandar Puncak Alam.

Berbagai acara akan diadakan seperti:

1. Turtle Walk - untuk pelajar tadika
2. Susun dan Rejam Tin - untuk pelajar tadika
3. Penuhkan Air ke Dalam Botol (span) - untuk pelajar tadika
4. Bottle Fishing - untuk pelajar tadika
5. Mengopek Kelapa Terpantas - terbuka para bapa
6. Menganyam Ketupat - terbuka para ibu
7. Mengutip Gula-gula Menggunakan Chopstick - terbuka kanak-kanak


Cabuk tan Bertuah juga akan diadakan dan semua yang hadir berpeluang membawa pulang hadiah yang berupa hamper. Tapi, sila pastikan anda mendaftar untuk melayakkan diri dalam Cabutan Bertuah tersebut.

Gerai-gerai Jualan juga akan dibuka pada hari tersebut seperti Avon, Apple, Kuih Muih, Air, Ais Blended, Pakaian dan Gerai Jualan Amal Tadika. Kepada ibu bapa atau sesiapa yang berminat untuk mendapatkan tapak gerai pada hari tersebut bolehlah menghubungi guru bertugas.

SEMUA IBU BAPA, PENDUDUK BANDAR PUNCAK ALAM DAN KAWASAN SEKITAR ADALAH DIJEMPUT HADIR. KEDATANGAN ANDA SEMUA AKAN LEBIH MEMERIAHKAN LAGI KARNIVAL SUKAN KAMI.....

Jumpa lagi...

18.7.09

Saturday, June 27, 2009

ACTIVITIES UPDATES JUNE - JULY 2009

Tadika Adik Pintar telah mengadakan hari Tandatangan Rekod Kemajuan para pelajar kami pada 25 dan 26 Jun 2009. Terima kasih kami ucapkan kepada ibu bapa yang telah hadir dan sentiasa memberi sokongan kepada kami.

Terima kasih juga kepada guru-guru kami yang sentiasa bertungkus lumus dalam menyiapkan semua tugasan dan laporan terkini.

Untuk pengetahuan ibu bapa, kami telah mengadakan aktiviti kraft untuk pelajar kami pada 19 Jun 2009 yang bertemakan Hari Bapa. Pelajar-pelajar kami telah menjalankan aktiviti tersebut dengan jayanya dengan pengawasan guru-guru kami.

Aktiviti yang telah dirancangkan adalah Sambutan Israk & Mikraj pada Julai 2009 dan seterusnya Sports Day pada 2 Ogos 2009.

Monday, April 27, 2009

Lawatan Ke Petrosains KLCC dan Zoo Negara






















Tadika Adik Pintar telah mengadakan lawatan ke Petrosains KLCC dan Zoo Negara pada 16 April 2009. Matlamat lawatan ini adalah untuk mendekatkan diri pelajar-pelajar Tadika Adik Pintar kepada teknologi dan juga kehidupan alam sekitar. Namun, oleh kerana terdapat sedikit masalah berkaitan dengan pengangkutan, matlamat lawatan ini agak tersasar sedikit.
Pihak Tadika Adik Pintar mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa yang memberikan sepenuh kerjasama kepada kami dan juga kepada ibu bapa pengiring yang telah bertungkus lumus membantu kami sepanjang lawatan.
Ibu bapa boleh mengunjungi http://www.dropshots.com/tadikaadikpintar untuk gambar-gambar yang lain. Kepada ibu bapa yang turut mengambil gambar-gambar diharap dapat membantu kami dalam proses memuat turun gambar-gambar tersebut ke blog ini. Gambar-gambar tersebut bolehlah di hantar ke email kami adikpintar@gmail.com












Monday, April 13, 2009

2008 - koleksi

Koleksi gambar-gambar 2008 untuk tatapan.

http://www.dropshots.com/tadikaadikpintar

NOTA UNTUK IBU BAPA/PENJAGA DAN PELAWAT

Ibu bapa/penjaga/pelawat yang kami hormati,
Selamat datang ke laman web Tadika Adik Pintar. Kami memohon maaf jika laman web ini tidak begitu sempurna kerana kami masih lagi dalam proses memasukkan data/gambar yang mungkin akan mengambil sedikit masa kerana kami terikat dengan masa yang sangat terhad.
Melalui blog ini kami akan cuba menyelitkan semua informasi yang penting, memo dan nota-nota kepada ibu bapa/penjaga/pelawat mengenai sebarang aktiviti kami. Kami juga amat menggalakkan ibu bapa/penjaga/pelawat untuk menghantar komen mengenai blog ini supaya jika terdapat sebarang kekurangan, boleh lah pihak kami perbetulkan.
Ibu bapa/penjaga/pelawat boleh juga menghantar sebarang message ke email kami di adikpintar@gmail.com.
Yusnida Yusoff
Pengetua

TEMA DAN AKTIVITI BULANAN

Senarai Tema dan Aktiviti Bulanan

Tadika Adik Pintar

1. Januari - Tema : Keselamatan dan Kebersihan Gigi

  • Aktiviti - Mengenal Gigi dan Cara Memberus Gigi Yang Betul (telah dijalankan)

2. Februari - Tema : Flora Dan Fauna

  • Aktiviti - Menanam Pokok/Mengenal Bahagian Pokok (telah dijalankan)

3. Mac - Tema : Maulidur Rasul

  • Aktiviti - Berselawat/Asma Ul Husna (di dalam kelas Fardhu Ain)

4. April - Tema : Lawatan - Petrosains dan Zoo Negara

  • Aktiviti - Lawatan ke Petrosains, Makan Tengah hari di KFC KLCC dan Zoo Negara (16 April 2009)

5. Mei - Tema : Hari Ibu & Hari Guru

  • Aktiviti - Sambutan Hari Guru dan Penyediaan Hadiah Untuk Ibu Sempena Hari Ibu (Kraf)

6. Jun - Tema : Hari Bapa

  • Aktiviti - Penyediaan Hadiah Untuk Bapa Sempena Hari Bapa

7. Julai - Tema : Israk & Mikraj

  • Aktiviti - Selawat kepada Rasulullah dan Cerita-cerita Kisah Nabi Muhammad S.A.W dan Israk & Mikraj

8. Ogos - Tema : Kemerdekaan/Patriotik/Sukan

  • Aktiviti - Peraduan Melukis/Mewarna Hari Kemerdekaan
  • Aktiviti - Hari Sukan ( 2 Ogos 2009)

9. September - Tema : Perayaan

  • Aktiviti - Jamuan Hari Raya dan Mengenal Jenis Perayaan di Malaysia

10. Oktober - Hari Kanak-Kanak Sedunia

  • Aktiviti - Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia - persembahan guru dan pelajar

11. November - Hari Lahir/Graduasi

  • Aktiviti - Jamuan Hari Lahir Pelajar (Jan - Dec ) dan Pemberian Hadiah Daripada Pihak Tadika
  • Aktiviti - Hari Graduasi (penyerahan sijil, persembahan pelajar dan penganugerahan Tokoh Pelajar Cemerlang)

## Aktiviti dijalankan pada hari Jumaat minggu terakhir setiap bulan.

## Setiap aktiviti dilakukan oleh pelajar sendiri sepenuhnya dengan bimbingan guru.

## Hasil setiap kraf akan dibawa pulang oleh pelajar.


Saturday, April 11, 2009

'GRADUATION DAY - 2008' ... DALAM KENANGAN


Amali Solat oleh Adik Jamaludin Afendi (5 thn) dan Adik Sabrina (6 thn)
- Solat Subuh dan bacaan.
Tarian Ago-go oleh anak-anak 4 - 6 Tahun. .... Oh ..Fatimah
(kareorgrafer - Teacher Ila)

Pertandingan Pakaian Beragam


Ibu bapa yang hadir....


Sekalung tahniah buat anak-anak kami yang telah berjaya menamatkan pembelajaran mereka dengan cemerlang. Terima kasih yang tak terhingga untuk ibubapa yang telah sama-sama bertungkus lumus membantu kami, menjadi tulang belakang kejayaan anak-anak ini... jasa mereka akan kami kenang.
Terima kasih juga kepada guru-guru kami, Pn. Mariatol, Ustazah Shafiyah dan Teacher Ila yang banyak berkorban masa dan tenaga. Tidak lupa kepada Pn. Ros Nani dan Pn. Ruszita (Pengusaha) sekeluarga yang sama membanting tenaga dan wang ringgit untuk menjayakan konvokesyen ini.
Seuntai rindu kami untuk anak-anak yang telah meninggalkan kami dengan seribu kenangan indah... tak terhingga bangganya kami apabila anak-anak ini dipuji dan dicontohi oleh mereka di luar sana.... doa kami mengiringi mereka ke akhir hayat.
Buat anak-anak kami, semadikan ingatan kami dalam hatimu, amalkan ilmu yang kami curahkan dalam mengorak langkahmu... janji kita bersama.. menjadi insan berguna dunia dan akhirat... CEMERLANG DUNIA GEMILANG DI AKHIRAT. Amin.

Moga pengorbanan kami dikenang selamanya...

Cikgu Yusnida
April 2009




WHERE EDUCATION BECOMES ALIVE, FUN & ENJOYABLE






Selamat Datang Ke Laman Blog Tadika Adik Pintar.


Tadika Adik Pintar telah ditubuhkan pada tahun 2007 yang pada awalnya dikhaskan untuk kanak-kanak di Taska Adik Pintar. Seramai 10 orang pelajar berdaftar bersama kami. Namun, pada tahun 2008, kami telah melebarkan sayap pendidikan kami untuk masyarakat sekitar. Flyer dan brochures kami telah sampai kepada penduduk sekitar Shah Alam 2 dan Fasa 3 Bandar Puncak Alam.
Pada tahun 2008, kami menerima 20 orang pelajar termasuk seorang pelajar Authisme. Alhamdulillah, berkat pengajaran dan ketekunan pelajar kami, pelajar-pelajar berusia 6 tahun telah berjaya ke Tahun 1 tanpa perlu penekanan yang lebih pada tahun 2009.
Berdasarkan kejayaan kami dalam membentuk anak-anak ini, pada tahun 2009, kami tidak menghantar sebarang flyers dari rumah ke rumah kerana kami percaya, Tadika Adik Pintar telah menempa nama di hati masyarakat setempat. Melalui Hari Konvokesyen kami pada Nov 2008, kami telah mendapat 'feedback' yang sangat baik, malah terdapat beberapa orang ibu bapa yang datang mendaftar pada hari tersebut. Kami mengamalkan dasar 'open to public' untuk setiap aktiviti kami. Malah, Hari Sukan kami pernah tersiar di Akhbar Sinar Harian.
Alhamdulillah sekali lagi, tahun ini kami masih mendapat pelajar seramai 20 orang walau pun rata-rata tadika di kawasan Puncak Alam ini mengalami kemerosotan jumlah pelajar. Hampir kesemua pelajar-pelajar 2009 kami adalah rekomen bekas ibu bapa pelajar 2008.
Di Tadika Adik Pintar, kami menyediakan siri Pendidikan Awal Kanak-Kanak berusia seawal 4 ke 6 tahun berdasarkan silibus Pra-Sekolah. Kami juga menyediakan:
  • Pendidikan Pra-sekolah yang terbaik, iaitu silibus dan buku-buku latihan/teks yang terbaik dipilih oleh guru-guru kami. Malahan kami juga menyediakan silibus pembelajaran tersendiri yang diilhamkan oleh guru-guru kami bersesuaian dengan usia pelajar.
  • Kurikulum yang unik dan kreatif untuk menggalakan kreativiti (pemikiran) pelajar kami.
  • Persekitaran yang selamat dan kondusif dalam membantu pelajar kami membina identiti diri mereka ke arah keseimbangan dunia dan akhirat.
  • Pembelajaran dan bimbingan berterusan dalam komunikasi terutama di khalayak ramai (Public Speaking)
  • Penerapan konsep pembelajaran berteraskan Islam dengan menerapkan amalan-amalan berdoa, zikir dan amali solat. Terbukti pada tahun 2008, pelajar kami seawal usia 5 tahun telah mampu mendirikan solat dengan bacaan yang betul. Kami percaya, pada usia mereka ini harus diterapkan asas fardhu ain untuk membina muslimin dan muslimah yang beriman.
  • Laporan penuh pembelajaran/peribadi pelajar setiap semester.
  • Guru-guru berpendidikan dan berpengalaman dalam dunia pendidikan awal kanak-kanak. Malah guru-guru kami menyediakan modul pendidikan mereka terutama dalam proses membaca Bahasa Melayu, English, Jawi dan Bahasa Arab.

InsyaAllah, pada tahun ini kami akan menerapkan lagi lebih ilmu terutama didikan keagamaan kepada para pelajar kami. Amanah yang Allah berikan ini tidak akan kami persiakan.

Kami amat berterima kasih kepada ibu bapa pelajar yang memahami tugas kami dalam mendidik dan mencorak masa depan anak-anak mereka ini. Kerjasama yang ibu bapa telah berikan amat kami hargai.

BANTULAH KAMI MENCORAK KECEMERLANGAN ANAK-ANAK INI..

TEGURLAH KAMI JIKA ANDA RASA KAMI TERSASAR..