TADIKA PERMATA ADIK PINTAR

TADIKA PERMATA ADIK PINTAR

Selamat Bertamu di Laman Kami

Selamat Bertamu di Laman Kami

PENDAFTARAN 2010 DIBUKA SEKARANG

PENDAFTARAN UNTUK SESSI 2010 PELAJAR 4, 5 & 6 TAHUN DIBUKA. DAFTAR SEGERA, TEMPAT TERHAD.
HUBUNGI KAMI UNTUK KETERANGAN LANJUT/TEMUJANJI.

Wednesday, August 19, 2009

Post-Mortem Karnival Sukaneka 2009

Alhamdulillah, Karnival Sukaneka 2009 kami telah selamat dijalankan dengan jayanya. Berkat kesabaran dan ketekunan semua pihak, Karnival Sukaneka ini bermula dan berakhir dengan meriah.

Terima kasih kami yang tak terhingga kepada semua ibu bapa yang telah menjayakan sukaneka ini, para penyumbang yang telah bermurah hati memberi sumbangan berupa barangan/hamper/wang untuk memeriahkan lagi majlis ini, para tetamu, para peniaga yang menyertai kami, semua pelajar dan guru-guru serta kakitangan (daripada Tadika Adik Pintar dan Tadika Cahaya Iltizam) yang telah bertungkus-lumus melatih para pelajar dan menyediakan segala peralatan untuk menjayakan aktiviti ini.

Sedikit kupasan yang dapat saya lakukan.... alhamdulillah, dalam keadaan kesihatan yang kurang memuaskan, para pelajar masih dapat menjayakan program sukaneka ini dengan segala kepayahan dalam kegembiraan. Kami juga dapat menyaksikan betapa hebat sokongan moral yang diberikan oleh ibu bapa kepada anak-anak ini. Segala bantuan diberikan untuk memastikan pasukan anak-anak ini menang... (ada kalanya saya merasakan sukan kali ini lebih kepada sukan ibu bapa... apa pun.. memang menyeronokkan). Kehebatan para bapa juga ditonjolkan apabila dua hadiah digondoli oleh mereka dalam Acara Terbuka Ibu - Menganyam Ketupat. Siapa kata orang lelaki tidak boleh lakukan... mereka telah buktikan mereka BOLEH! Terpana kami kaum ibu seketika dan lebih hebat lagi... Acara Mengopek Kelapa yang menyaksikan hanya beberapa saat sahaja para bapa berjaya melakukannya. Ini membuktikan betapa moden pun dunia hari ini, adat dan amalan lama masih lagi utuh di hati kita. Syabas untuk semua.

Terima kasih juga kami kalungkan kepada Yg Berbahagia Imam Rosyam b. Mohamad, Ahli Majlis Daerah Kuala Selangor yang telah sudi membacakan doa selamat serta merasmikan Karnival Sukaneka 2009 kami, Yg Berbahagia Prof. Mohd. Khalil selaku Penasihat TAP yang juga telah sudi memberikan sepatah dua kata mewakili TAP serta nasihat-nasihat beliau dalam menjayakan aktiviti ini. Hanya Allah yang boleh membalas jasa baik semua.

'Terima Kasih Daun Keladi...
'Aktiviti Kami Sertailah Lagi...'


Yusnida
Ogos 19, 2009

No comments:

Post a Comment