
Assalamualaikum wbt...
Seperti biasa, selepas demam raya, Adik Pintar sekali lagi akan berdepan dengan fever... kali ni Final Exam Fever.. rasa macam di sekolah rendah pulak.
Guru-guru kami sekarang sedang sibuk menghabiskan silibus dan merangka kertas peperiksaan.. bukan senang tu.. dah macam nak pecah kepala. Dalam masa yang sama, kami juga terpaksa mencari idea untuk persembahan pelajar pada Hari Graduasi yang akan diadakan tidak lama lagi.
Untuk ibu bapa yang rajin melawat laman kami ini... kami harap tuan/puan dapat membantu anak-anak ini mengulangkaji pelajaran mereka. Persiapan awal untuk peperiksaan yang akan diadakan pada minggu depan; 28/10 - 2/11 (Rabu - Selasa). Jadual dan notis akan diberikan di dalam Message Book para pelajar.
Hmm... soalan spot? Tak de... tapi boleh lah dikatakan semua topik akan keluar. Untuk pelajar 5 tahun, mengenal huruf dan abjad amat penting. Hari ini mereka telah mula belajar membaca, bukan senang untuk meninggalkan nota di dalam minda mereka tentang konsep membaca yang betul, tapi alhamdulillah.. ada la 5 -6 orang yang telah mula faham. Terang hati pelajar-pelajar ni..
Pelajar 6 tahun pula... hmmm... kena studi habis-habisan. Tatabahasa dan grammar sudah tentu ada dalam kertas soalan saya. Kertas soalan Ustazah Sofea juga bukan mudah. Tapi rasanya, anak-anak ini sudah 'well prepared' untuk menempuh peperiksaan akan datang..
Bagi ibu bapa yang berminat untuk bertanya/mendaftar bagi sesi 2010, anda boleh berbuat demikian sekarang. Tempat adalah terhad kerana kami mementingkan kualiti lebih daripada kuantiti.
Jadi... SELAMAT BERJUANG UNTUK GURU-GURU DAN ANAK-ANAKKU...
Yusnida Yusoff
alahai...cutenya gambar kite...thanks
ReplyDeletebru hbis mengarang skit2 exam paper, hope it'll be ready soon..
Sedar x sedar kita dah nak graduasi pon utk year 2009 ni, mesti miss punya budak2 kite..especially those yang akn ke sekolah rendah.
hmm... betul tu. Like previous years.. set2 yg mcm Hanis, Rasydan, Elin etc akan buat kita lebih rindu. Thn ni Ezzuan, Udin, Hajar for sure. Apa nak wat, mmg itu hakikat nyer. Akak pun baru jer habis buat 4 papers.. moga pengajaran kita dpt diserap dan berguna tuk anak-anak ni. Moga juga ibu bapa akan mengambil lebih perhatian terhadap pelajaran anak-anak mereka.
ReplyDelete