TADIKA PERMATA ADIK PINTAR

TADIKA PERMATA ADIK PINTAR

Selamat Bertamu di Laman Kami

Selamat Bertamu di Laman Kami

PENDAFTARAN 2010 DIBUKA SEKARANG

PENDAFTARAN UNTUK SESSI 2010 PELAJAR 4, 5 & 6 TAHUN DIBUKA. DAFTAR SEGERA, TEMPAT TERHAD.
HUBUNGI KAMI UNTUK KETERANGAN LANJUT/TEMUJANJI.

Saturday, April 11, 2009

WHERE EDUCATION BECOMES ALIVE, FUN & ENJOYABLE






Selamat Datang Ke Laman Blog Tadika Adik Pintar.


Tadika Adik Pintar telah ditubuhkan pada tahun 2007 yang pada awalnya dikhaskan untuk kanak-kanak di Taska Adik Pintar. Seramai 10 orang pelajar berdaftar bersama kami. Namun, pada tahun 2008, kami telah melebarkan sayap pendidikan kami untuk masyarakat sekitar. Flyer dan brochures kami telah sampai kepada penduduk sekitar Shah Alam 2 dan Fasa 3 Bandar Puncak Alam.
Pada tahun 2008, kami menerima 20 orang pelajar termasuk seorang pelajar Authisme. Alhamdulillah, berkat pengajaran dan ketekunan pelajar kami, pelajar-pelajar berusia 6 tahun telah berjaya ke Tahun 1 tanpa perlu penekanan yang lebih pada tahun 2009.
Berdasarkan kejayaan kami dalam membentuk anak-anak ini, pada tahun 2009, kami tidak menghantar sebarang flyers dari rumah ke rumah kerana kami percaya, Tadika Adik Pintar telah menempa nama di hati masyarakat setempat. Melalui Hari Konvokesyen kami pada Nov 2008, kami telah mendapat 'feedback' yang sangat baik, malah terdapat beberapa orang ibu bapa yang datang mendaftar pada hari tersebut. Kami mengamalkan dasar 'open to public' untuk setiap aktiviti kami. Malah, Hari Sukan kami pernah tersiar di Akhbar Sinar Harian.
Alhamdulillah sekali lagi, tahun ini kami masih mendapat pelajar seramai 20 orang walau pun rata-rata tadika di kawasan Puncak Alam ini mengalami kemerosotan jumlah pelajar. Hampir kesemua pelajar-pelajar 2009 kami adalah rekomen bekas ibu bapa pelajar 2008.
Di Tadika Adik Pintar, kami menyediakan siri Pendidikan Awal Kanak-Kanak berusia seawal 4 ke 6 tahun berdasarkan silibus Pra-Sekolah. Kami juga menyediakan:
  • Pendidikan Pra-sekolah yang terbaik, iaitu silibus dan buku-buku latihan/teks yang terbaik dipilih oleh guru-guru kami. Malahan kami juga menyediakan silibus pembelajaran tersendiri yang diilhamkan oleh guru-guru kami bersesuaian dengan usia pelajar.
  • Kurikulum yang unik dan kreatif untuk menggalakan kreativiti (pemikiran) pelajar kami.
  • Persekitaran yang selamat dan kondusif dalam membantu pelajar kami membina identiti diri mereka ke arah keseimbangan dunia dan akhirat.
  • Pembelajaran dan bimbingan berterusan dalam komunikasi terutama di khalayak ramai (Public Speaking)
  • Penerapan konsep pembelajaran berteraskan Islam dengan menerapkan amalan-amalan berdoa, zikir dan amali solat. Terbukti pada tahun 2008, pelajar kami seawal usia 5 tahun telah mampu mendirikan solat dengan bacaan yang betul. Kami percaya, pada usia mereka ini harus diterapkan asas fardhu ain untuk membina muslimin dan muslimah yang beriman.
  • Laporan penuh pembelajaran/peribadi pelajar setiap semester.
  • Guru-guru berpendidikan dan berpengalaman dalam dunia pendidikan awal kanak-kanak. Malah guru-guru kami menyediakan modul pendidikan mereka terutama dalam proses membaca Bahasa Melayu, English, Jawi dan Bahasa Arab.

InsyaAllah, pada tahun ini kami akan menerapkan lagi lebih ilmu terutama didikan keagamaan kepada para pelajar kami. Amanah yang Allah berikan ini tidak akan kami persiakan.

Kami amat berterima kasih kepada ibu bapa pelajar yang memahami tugas kami dalam mendidik dan mencorak masa depan anak-anak mereka ini. Kerjasama yang ibu bapa telah berikan amat kami hargai.

BANTULAH KAMI MENCORAK KECEMERLANGAN ANAK-ANAK INI..

TEGURLAH KAMI JIKA ANDA RASA KAMI TERSASAR..



1 comment:

  1. alhmdulillah finally we have our own blog for the tadika. Thanks so much to teacher Yusnida for your hardwork in making this wonderful blog.

    ReplyDelete