TADIKA PERMATA ADIK PINTAR

TADIKA PERMATA ADIK PINTAR

Selamat Bertamu di Laman Kami

Selamat Bertamu di Laman Kami

PENDAFTARAN 2010 DIBUKA SEKARANG

PENDAFTARAN UNTUK SESSI 2010 PELAJAR 4, 5 & 6 TAHUN DIBUKA. DAFTAR SEGERA, TEMPAT TERHAD.
HUBUNGI KAMI UNTUK KETERANGAN LANJUT/TEMUJANJI.

Thursday, March 4, 2010

Mulidurrasul 2010

Seperti kelaziman tahunan, umat Islam di Malaysia akan menyambut hari sempena keputraan Rasulullah saw pada 12 Rabiulawal setiap tahun. Objektif diadakan sambutan Maulidur Rasul ialah untuk mengembalikan ingatan kita umat akhir zaman terhadap junjungan besar kita Muhammad Rasulullah saw. Dengan mengingatinya akan menambahkan lagi perasaan cinta kasih kepadanya serta mengenang, menghargai serta mengambil iktibar kisah suka duka perjuangannya.
Pada sambutan Maulidur Rasul 27 Feb yang lalu, murid- murid telah diceritakan sejarah kelahiran Nabi Muhammad S.A.W dan mengenali akhlak baginda yang mulia.
Berarak sambil berselawat.

Aktiviti Kraf : Membuat bekas pemegang pensel.

Aktiviti Jan - Feb 2010


HAPPY BIRTHDAY DANIA SORFINA

Pada 18 Februari yang lepas telah diadakan sambutan Hari Lahir adik Dania Sorfina yang ke-6 tahun.



LATIHAN SUKAN
Anak-anak tadika adik pintar gigih berlatih sukan sempena Hari Sukaneka 2010 yang akan diadakn pada 28 Mac yang akan datang.

Diantara acara permainan pada hari tersebut ialah :
-Telur Penyu
-Pundi Kacang
-Music Chair
dan lain-lain.

Terdapat juga acara terbuka untuk ibu-bapa dan kanak-kanak.


PROJEK SAINS

Tanaman hidroponik taugeh menggunakan biji kacang hijau.
Murid-murid seronok sangat dapat tanam sendiri dan memerhatikan proses ketumbuhan dari hari ke hari.

Thursday, February 11, 2010

Hari Kebersihan 'Menjaga Gigi'

Pada 29 Januari 2010 yang lepas kami telah mengadakan aktiviti kebersihan 'Menjaga Gigi'.

Murid-murid telah diterangkan tentang makanan yang baik dan tidak baik untuk kesihatan gigi serta ditunjuk cara bagaimana memberus gigi dengan cara yang betul.

Pembentukan gigi kanak-kanak bermula sebelum lahir lagi. Seawal-awal 4 bulan, gigi susu, atau gigi yang akan berganti, akan tumbuh.
Biasanya, kesemua 20 batang gigi susu ini akan tumbuh pada umur 3 tahun, sungguhpun perkembangan
dan susunannya berbeza.
Gigi kekal mula tumbuh sekitar umur 6 tahun. Proses ini akan berterusan sehingga lebih kurang umur 21 tahun.

Oleh itu adalah amat penting bagi kanak-kanak diusia ini supaya menjaga gigi mereka sebaik mungkin bagi mengelakkan pembentukan karies gigi yang akan menyebabkan gigi berlubang.
Kajian menunjukkan bahawa penjagaan gigi dari awal dapat mengelakkan pelbagai penyakit gigi.

Seterusnya setiap murid diberikan berus dan ubat gigi dan membuat latihan memberus gigi dibawah pengawasan guru sekurang-kurangnya 3 hari dalam seminggu.
Latihan tersebut telah diteruskan sehingga hari ini dengan harapan murid dapat membiasakan diri dengan amalan memberus gigi di rumah.

Tuesday, February 9, 2010

Memories of 2009




GRADUASI 2009


Siti Norhajar dan Jamaludin Afendi tekun menjawab soalan...


Jamaludin dan Faris tekun membaca buku selepas selesai Final Exam


'PEACE' Aina Filzah, Faris, Asyraf, Jamaludin


Persembahan Malam Jamuan Hari Raya Shah Alam 2
-Dania Sorfina
-Zainul Abidin
-M. Khairil Asyraf
-Siti Norhajar
-Nurul Nadhirah
-Daniel Ezzuan
-Arissa Sahira
-Jamaludin Affendi

Friday, October 30, 2009

PERSIAPAN HARI GRADUASI

Assalamualaikum wbt...

Tup tap tup tap... dah tiga hari kami berjuang dengan final exam. Amboi... pening kepala guru-guru kami nak handle anak-anak ni menjawab soalan. Bukan macam sekolah rendah.. darjah satu ke.. bagi kertas, dok diam-diam ha.. jawab.

Untuk anak-anak tadika ni, mereka perlukan perhatian kita... perlukan tunjuk ajar kita. Untuk pelajar 6 tahun, boleh lah sedikit berdikari apabila mereka sudah pandai membaca dan menjawab soalan. Itu pun perlu disemak kerana al-maklumlah... pemahaman mereka amat sedikit. Kekadang, lain soalan, lain jawapannya.

Untuk anak-anak 4 & 5 tahun, mereka ini memang perlukan perhatian individu. Hanya dua tiga orang sahaja yang mampu menjawab sendiri soalan yang diberi, selebihnya memang perlukan 'guidance'. Ada yang hanya akan menulis apabila kita perhatikan, ada pula yang banyak melayang ke lain pemikirannya, ada juga yang suka-suka mengusik pelajar lain... wah.. macam-macam kerenah. Sakit kepala pun ada, nak tergelak pun ada ...

Apa pun.. exam ni bukanlah pengukur sebenar kebolehan dan penerimaan mereka. Kanak-kanak ni sifatnya... mendengar, melihat, meneliti dan berfikir ... tetapi kadang-kadang hasilnya hanya akan datang dua tiga tahun nanti.. Itulah yang pernah diberitahu kepada kami oleh Mr. Bernard (MiKids) sewaktu Kursus Mikids tahun lepas. Ada benarnya apa yang dikata.

Hmmm... selepas ni sudah pasti kami guru-guru akan sibuk pula dengan persiapan Hari Graduasi yang akan diadakan pada 22 November 2009. Hari yang akan meraikan tamatnya zaman tadika anak-anak 6 tahun dan akan bermulanya kehidupan mereka sebagai pelajar yang sebenar.

Setakat ini, bermacam-macam acara telah kami rangka untuk persembahan pada hari tersebut. Dikir Barat, Bacaan Doa, Amali Solat, Bacaan Jawi, Nasyid, Medley dan Tarian Tradisional. Wah.. penat ni nak melatih anak-anak kecil ini. Guru-guru pula bukanlah berbakat sangat.

Sekarang ni pun, kami sedang sibuk menghias tadika dengan hasil kerja anak-anak ini. Tentu ibu bapa yang mengambil berat tentang anak-anak mereka akan kagum dengan apa yang dihasilkan oleh anak-anak ini. Mungkin di rumah mereka tidak mahu melakukan apa yang kita minta tetapi di tadika mereka amat seronok melakukan perkara-perkara seperti seni, tulisan dan juga kraf.

Apa pun, diharap majlis itu nanti akan berjalan dengan lancar.

Selamat...selamat...selamat semuanya...


Yusnida Yusoff

* Dilema... apakah hanya dengan bernasyid, berdoa itu sahaja kita dipanggil Islamic? Tidak Islamic kah bila anak-anak kecil ini diajar tarian moden... atau sesuatu yang moden? Apakah dengan mengikut arus kemodenan ini kita boleh dilabel tidak Islamic? Perlukah sesebuah tadika itu mewajibkan pemakaian tudung kepada anak kecil ini, maka ia digelar Islamic? Bukankah menerap dan memberi pemahaman keutamaan dan kewajipan itu lebih bagus untuk membina sahsiah daripada memaksa mereka? Ada antara mereka yang tamat belajar di dlm arus kemodenan ini boleh menunaikan solat 5 waktu dengan lengkap bacaannya. Ada di antara mereka yang di bawah arus kemodenan ini mampu membaca ayat-ayat lazim dan doa-doa dengan lancar malah bacaan jawi juga boleh menandingi pelajar tahun 1 dan 2. Malah, asas fardhu ain mereka cukup kukuh...

Saya masih dlm dilema dgn pandangan masyarakat yang rata-ratanya berpendidikan tinggi.. tapi entah lah..... mungkin saya silap.........

Tuesday, October 20, 2009

EXAM FEVER ...



Assalamualaikum wbt...

Seperti biasa, selepas demam raya, Adik Pintar sekali lagi akan berdepan dengan fever... kali ni Final Exam Fever.. rasa macam di sekolah rendah pulak.

Guru-guru kami sekarang sedang sibuk menghabiskan silibus dan merangka kertas peperiksaan.. bukan senang tu.. dah macam nak pecah kepala. Dalam masa yang sama, kami juga terpaksa mencari idea untuk persembahan pelajar pada Hari Graduasi yang akan diadakan tidak lama lagi.

Untuk ibu bapa yang rajin melawat laman kami ini... kami harap tuan/puan dapat membantu anak-anak ini mengulangkaji pelajaran mereka. Persiapan awal untuk peperiksaan yang akan diadakan pada minggu depan; 28/10 - 2/11 (Rabu - Selasa). Jadual dan notis akan diberikan di dalam Message Book para pelajar.

Hmm... soalan spot? Tak de... tapi boleh lah dikatakan semua topik akan keluar. Untuk pelajar 5 tahun, mengenal huruf dan abjad amat penting. Hari ini mereka telah mula belajar membaca, bukan senang untuk meninggalkan nota di dalam minda mereka tentang konsep membaca yang betul, tapi alhamdulillah.. ada la 5 -6 orang yang telah mula faham. Terang hati pelajar-pelajar ni..

Pelajar 6 tahun pula... hmmm... kena studi habis-habisan. Tatabahasa dan grammar sudah tentu ada dalam kertas soalan saya. Kertas soalan Ustazah Sofea juga bukan mudah. Tapi rasanya, anak-anak ini sudah 'well prepared' untuk menempuh peperiksaan akan datang..

Bagi ibu bapa yang berminat untuk bertanya/mendaftar bagi sesi 2010, anda boleh berbuat demikian sekarang. Tempat adalah terhad kerana kami mementingkan kualiti lebih daripada kuantiti.

Jadi... SELAMAT BERJUANG UNTUK GURU-GURU DAN ANAK-ANAKKU...


Yusnida Yusoff

Wednesday, September 23, 2009


Assalamualaikum wbt...

Kami mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Kami menyusun sepuluh jari pohon ampun dan maaf andai selama kami mendidik anak-anak ini, ada terkasar dan tersilap, terlepas pandang, terkeras sikap ... maafkan lah kami. Kami juga tidak lepas daripada melakukan kesilapan dalam membimbing dan membina insaniah dalam diri mereka.

Mohon maaf juga kami untuk ibu bapa, para pelawat dan penduduk sekitar andai ada terkasar bahasa dan tersilap kata dalam kami melayani anda.

SALAM AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN


......Kami Warga Tadika/Taska Adik Pintar ......