Seperti kelaziman tahunan, umat Islam di Malaysia akan menyambut hari sempena keputraan Rasulullah saw pada 12 Rabiulawal setiap tahun. Objektif diadakan sambutan Maulidur Rasul ialah untuk mengembalikan ingatan kita umat akhir zaman terhadap junjungan besar kita Muhammad Rasulullah saw. Dengan mengingatinya akan menambahkan lagi perasaan cinta kasih kepadanya serta mengenang, menghargai serta mengambil iktibar kisah suka duka perjuangannya. Pada sambutan Maulidur Rasul 27 Feb yang lalu, murid- murid telah diceritakan sejarah kelahiran Nabi Muhammad S.A.W dan mengenali akhlak baginda yang mulia.

Berarak sambil berselawat.

Aktiviti Kraf : Membuat bekas pemegang pensel.
No comments:
Post a Comment