TADIKA PERMATA ADIK PINTAR

TADIKA PERMATA ADIK PINTAR

Selamat Bertamu di Laman Kami

Selamat Bertamu di Laman Kami

PENDAFTARAN 2010 DIBUKA SEKARANG

PENDAFTARAN UNTUK SESSI 2010 PELAJAR 4, 5 & 6 TAHUN DIBUKA. DAFTAR SEGERA, TEMPAT TERHAD.
HUBUNGI KAMI UNTUK KETERANGAN LANJUT/TEMUJANJI.

Friday, October 30, 2009

PERSIAPAN HARI GRADUASI

Assalamualaikum wbt...

Tup tap tup tap... dah tiga hari kami berjuang dengan final exam. Amboi... pening kepala guru-guru kami nak handle anak-anak ni menjawab soalan. Bukan macam sekolah rendah.. darjah satu ke.. bagi kertas, dok diam-diam ha.. jawab.

Untuk anak-anak tadika ni, mereka perlukan perhatian kita... perlukan tunjuk ajar kita. Untuk pelajar 6 tahun, boleh lah sedikit berdikari apabila mereka sudah pandai membaca dan menjawab soalan. Itu pun perlu disemak kerana al-maklumlah... pemahaman mereka amat sedikit. Kekadang, lain soalan, lain jawapannya.

Untuk anak-anak 4 & 5 tahun, mereka ini memang perlukan perhatian individu. Hanya dua tiga orang sahaja yang mampu menjawab sendiri soalan yang diberi, selebihnya memang perlukan 'guidance'. Ada yang hanya akan menulis apabila kita perhatikan, ada pula yang banyak melayang ke lain pemikirannya, ada juga yang suka-suka mengusik pelajar lain... wah.. macam-macam kerenah. Sakit kepala pun ada, nak tergelak pun ada ...

Apa pun.. exam ni bukanlah pengukur sebenar kebolehan dan penerimaan mereka. Kanak-kanak ni sifatnya... mendengar, melihat, meneliti dan berfikir ... tetapi kadang-kadang hasilnya hanya akan datang dua tiga tahun nanti.. Itulah yang pernah diberitahu kepada kami oleh Mr. Bernard (MiKids) sewaktu Kursus Mikids tahun lepas. Ada benarnya apa yang dikata.

Hmmm... selepas ni sudah pasti kami guru-guru akan sibuk pula dengan persiapan Hari Graduasi yang akan diadakan pada 22 November 2009. Hari yang akan meraikan tamatnya zaman tadika anak-anak 6 tahun dan akan bermulanya kehidupan mereka sebagai pelajar yang sebenar.

Setakat ini, bermacam-macam acara telah kami rangka untuk persembahan pada hari tersebut. Dikir Barat, Bacaan Doa, Amali Solat, Bacaan Jawi, Nasyid, Medley dan Tarian Tradisional. Wah.. penat ni nak melatih anak-anak kecil ini. Guru-guru pula bukanlah berbakat sangat.

Sekarang ni pun, kami sedang sibuk menghias tadika dengan hasil kerja anak-anak ini. Tentu ibu bapa yang mengambil berat tentang anak-anak mereka akan kagum dengan apa yang dihasilkan oleh anak-anak ini. Mungkin di rumah mereka tidak mahu melakukan apa yang kita minta tetapi di tadika mereka amat seronok melakukan perkara-perkara seperti seni, tulisan dan juga kraf.

Apa pun, diharap majlis itu nanti akan berjalan dengan lancar.

Selamat...selamat...selamat semuanya...


Yusnida Yusoff

* Dilema... apakah hanya dengan bernasyid, berdoa itu sahaja kita dipanggil Islamic? Tidak Islamic kah bila anak-anak kecil ini diajar tarian moden... atau sesuatu yang moden? Apakah dengan mengikut arus kemodenan ini kita boleh dilabel tidak Islamic? Perlukah sesebuah tadika itu mewajibkan pemakaian tudung kepada anak kecil ini, maka ia digelar Islamic? Bukankah menerap dan memberi pemahaman keutamaan dan kewajipan itu lebih bagus untuk membina sahsiah daripada memaksa mereka? Ada antara mereka yang tamat belajar di dlm arus kemodenan ini boleh menunaikan solat 5 waktu dengan lengkap bacaannya. Ada di antara mereka yang di bawah arus kemodenan ini mampu membaca ayat-ayat lazim dan doa-doa dengan lancar malah bacaan jawi juga boleh menandingi pelajar tahun 1 dan 2. Malah, asas fardhu ain mereka cukup kukuh...

Saya masih dlm dilema dgn pandangan masyarakat yang rata-ratanya berpendidikan tinggi.. tapi entah lah..... mungkin saya silap.........

Tuesday, October 20, 2009

EXAM FEVER ...



Assalamualaikum wbt...

Seperti biasa, selepas demam raya, Adik Pintar sekali lagi akan berdepan dengan fever... kali ni Final Exam Fever.. rasa macam di sekolah rendah pulak.

Guru-guru kami sekarang sedang sibuk menghabiskan silibus dan merangka kertas peperiksaan.. bukan senang tu.. dah macam nak pecah kepala. Dalam masa yang sama, kami juga terpaksa mencari idea untuk persembahan pelajar pada Hari Graduasi yang akan diadakan tidak lama lagi.

Untuk ibu bapa yang rajin melawat laman kami ini... kami harap tuan/puan dapat membantu anak-anak ini mengulangkaji pelajaran mereka. Persiapan awal untuk peperiksaan yang akan diadakan pada minggu depan; 28/10 - 2/11 (Rabu - Selasa). Jadual dan notis akan diberikan di dalam Message Book para pelajar.

Hmm... soalan spot? Tak de... tapi boleh lah dikatakan semua topik akan keluar. Untuk pelajar 5 tahun, mengenal huruf dan abjad amat penting. Hari ini mereka telah mula belajar membaca, bukan senang untuk meninggalkan nota di dalam minda mereka tentang konsep membaca yang betul, tapi alhamdulillah.. ada la 5 -6 orang yang telah mula faham. Terang hati pelajar-pelajar ni..

Pelajar 6 tahun pula... hmmm... kena studi habis-habisan. Tatabahasa dan grammar sudah tentu ada dalam kertas soalan saya. Kertas soalan Ustazah Sofea juga bukan mudah. Tapi rasanya, anak-anak ini sudah 'well prepared' untuk menempuh peperiksaan akan datang..

Bagi ibu bapa yang berminat untuk bertanya/mendaftar bagi sesi 2010, anda boleh berbuat demikian sekarang. Tempat adalah terhad kerana kami mementingkan kualiti lebih daripada kuantiti.

Jadi... SELAMAT BERJUANG UNTUK GURU-GURU DAN ANAK-ANAKKU...


Yusnida Yusoff