Assalamualaikum wbt...
Kita semakin mendekati hujung Ogos... bulan kemerdekaan yang penuh makna bagi kita. Dalam bulan ini, tugas kami para guru menyemai benih-benih kecintaan kepada negara, rasa syukur hidup dalam kedamaian dan menyemarakkan semangat patriotik kepada para pelajar. Anak-anak kecil ini diajar lagu-lagu patriotik, erti kemerdekaan dan semangat juang para pejuang handal sehinggalah lahirnya Malaysia. Semua ini kami lakukan dengan kesedaran bahawa anak-anak ini harus tahu apa itu erti Merdeka. Kami galakkan mereka mengibar Jalur Gemilang di rumah. Kami galakkan mereka menyanyikan lagu 31 Ogos (Allahyarham Sudirman) di samping Negaraku agar semangat cintakan negara tidak pudar.
Semakin hampir pengakhir Ogos... semakin dekat kita kepada Ramadhan. InsyaAllah, pada tahun ini, kami masih lagi akan meneruskan tradisi tahun-tahun lepas, melatih anak-anak kecil ini berpuasa. Waktu makan (rehat) mereka akan kami gantikan dengan aktiviti ringan seperti membaca buku cerita, bercerita, tidur atau permainan dalaman. Latihan berpuasa ini diharap dapat mendidik mereka untuk melakukan amalan wajib yang dituntut ini daripada kecil. Alhamdulillah, seminggu awal berpuasa, anak-anak ini sedang bercuti (Semester II Break), moga mereka ini akan mendapat rehat yang mencukupi untuk memulakan amalan berpuasa. Kepada ibu bapa, kami berharap agar amalan berpuasa ini dapat diterap di rumah juga walau pun hanya untuk setengah hari untuk membiasakan mereka. Kami juga berharap ibu bapa akan lebih peka dengan Senario Penyakit Influenza A (H1N1) yang semakin serius hari ke hari. Semoga ibu bapa dapat mengambil langkah berjaga-jaga yang sewajarnya.
Kepada guru-guru, di samping bercuti dan menjalani ibadat puasa, jangan lupa tugas kita untuk menyediakan kertas soalan untuk Test II yang akan diadakan pada 8 September 2009. Hmmm.. Ustazah Sofea, nampaknya bersilatlah ye untuk paper Science, B. Arab dan P. Islam. Teacher Ita pula... walau pun nampak mudah, tapi diakui penyediaan paper untuk 4 years Class memang rumit dan perlukan idea-idea baru yang boleh memeningkan kepala. Apa pun... semoga kita berjaya melaksanakan amanah ini dengan sempurna.
Kepada ibu bapa, para pelajar dan kakitangan Tadika/Taska Adik Pintar, kami mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan dan moga Ramadhan tahun ini memberi seribu rahmat dan pengertian buat kita. Buat Anak-anak Tadika Adik Pintar... selamat bercuti ... jangan lupa ulangkaji pelajaran untuk Test II yang akan datang... (Homework Cikgu pun jangan lupa siapkan ye....)...
*** Untuk Adik Sabrina Sham Sulbahri... semoga cepat sembuh. Cikgu Yus, Ust. Sofea dan Tch Ita mendoakan kesejahteraan dan kesihatan yang baik untuk Sabrina agar dapat menyambut Ramadhan dan cuti ini dengan keluarga.
SALAM AL-MUBARAK...
Yusnida
Selamat Bertamu di Laman Kami

PENDAFTARAN 2010 DIBUKA SEKARANG
PENDAFTARAN UNTUK SESSI 2010 PELAJAR 4, 5 & 6 TAHUN DIBUKA. DAFTAR SEGERA, TEMPAT TERHAD.
HUBUNGI KAMI UNTUK KETERANGAN LANJUT/TEMUJANJI.
HUBUNGI KAMI UNTUK KETERANGAN LANJUT/TEMUJANJI.
Wednesday, August 19, 2009
Post-Mortem Karnival Sukaneka 2009
Alhamdulillah, Karnival Sukaneka 2009 kami telah selamat dijalankan dengan jayanya. Berkat kesabaran dan ketekunan semua pihak, Karnival Sukaneka ini bermula dan berakhir dengan meriah.
Terima kasih kami yang tak terhingga kepada semua ibu bapa yang telah menjayakan sukaneka ini, para penyumbang yang telah bermurah hati memberi sumbangan berupa barangan/hamper/wang untuk memeriahkan lagi majlis ini, para tetamu, para peniaga yang menyertai kami, semua pelajar dan guru-guru serta kakitangan (daripada Tadika Adik Pintar dan Tadika Cahaya Iltizam) yang telah bertungkus-lumus melatih para pelajar dan menyediakan segala peralatan untuk menjayakan aktiviti ini.
Sedikit kupasan yang dapat saya lakukan.... alhamdulillah, dalam keadaan kesihatan yang kurang memuaskan, para pelajar masih dapat menjayakan program sukaneka ini dengan segala kepayahan dalam kegembiraan. Kami juga dapat menyaksikan betapa hebat sokongan moral yang diberikan oleh ibu bapa kepada anak-anak ini. Segala bantuan diberikan untuk memastikan pasukan anak-anak ini menang... (ada kalanya saya merasakan sukan kali ini lebih kepada sukan ibu bapa... apa pun.. memang menyeronokkan). Kehebatan para bapa juga ditonjolkan apabila dua hadiah digondoli oleh mereka dalam Acara Terbuka Ibu - Menganyam Ketupat. Siapa kata orang lelaki tidak boleh lakukan... mereka telah buktikan mereka BOLEH! Terpana kami kaum ibu seketika dan lebih hebat lagi... Acara Mengopek Kelapa yang menyaksikan hanya beberapa saat sahaja para bapa berjaya melakukannya. Ini membuktikan betapa moden pun dunia hari ini, adat dan amalan lama masih lagi utuh di hati kita. Syabas untuk semua.
Terima kasih juga kami kalungkan kepada Yg Berbahagia Imam Rosyam b. Mohamad, Ahli Majlis Daerah Kuala Selangor yang telah sudi membacakan doa selamat serta merasmikan Karnival Sukaneka 2009 kami, Yg Berbahagia Prof. Mohd. Khalil selaku Penasihat TAP yang juga telah sudi memberikan sepatah dua kata mewakili TAP serta nasihat-nasihat beliau dalam menjayakan aktiviti ini. Hanya Allah yang boleh membalas jasa baik semua.
'Terima Kasih Daun Keladi...
'Aktiviti Kami Sertailah Lagi...'
Yusnida
Ogos 19, 2009

Subscribe to:
Posts (Atom)