Selamat Bertamu di Laman Kami

PENDAFTARAN 2010 DIBUKA SEKARANG
HUBUNGI KAMI UNTUK KETERANGAN LANJUT/TEMUJANJI.
Monday, April 27, 2009
Lawatan Ke Petrosains KLCC dan Zoo Negara
Monday, April 13, 2009
NOTA UNTUK IBU BAPA/PENJAGA DAN PELAWAT
Pengetua
TEMA DAN AKTIVITI BULANAN
Senarai Tema dan Aktiviti Bulanan
Tadika Adik Pintar
1. Januari - Tema : Keselamatan dan Kebersihan Gigi
- Aktiviti - Mengenal Gigi dan Cara Memberus Gigi Yang Betul (telah dijalankan)
2. Februari - Tema : Flora Dan Fauna
- Aktiviti - Menanam Pokok/Mengenal Bahagian Pokok (telah dijalankan)
3. Mac - Tema : Maulidur Rasul
- Aktiviti - Berselawat/Asma Ul Husna (di dalam kelas Fardhu Ain)
4. April - Tema : Lawatan - Petrosains dan Zoo Negara
- Aktiviti - Lawatan ke Petrosains, Makan Tengah hari di KFC KLCC dan Zoo Negara (16 April 2009)
5. Mei - Tema : Hari Ibu & Hari Guru
- Aktiviti - Sambutan Hari Guru dan Penyediaan Hadiah Untuk Ibu Sempena Hari Ibu (Kraf)
6. Jun - Tema : Hari Bapa
- Aktiviti - Penyediaan Hadiah Untuk Bapa Sempena Hari Bapa
7. Julai - Tema : Israk & Mikraj
- Aktiviti - Selawat kepada Rasulullah dan Cerita-cerita Kisah Nabi Muhammad S.A.W dan Israk & Mikraj
8. Ogos - Tema : Kemerdekaan/Patriotik/Sukan
- Aktiviti - Peraduan Melukis/Mewarna Hari Kemerdekaan
- Aktiviti - Hari Sukan ( 2 Ogos 2009)
9. September - Tema : Perayaan
- Aktiviti - Jamuan Hari Raya dan Mengenal Jenis Perayaan di Malaysia
10. Oktober - Hari Kanak-Kanak Sedunia
- Aktiviti - Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia - persembahan guru dan pelajar
11. November - Hari Lahir/Graduasi
- Aktiviti - Jamuan Hari Lahir Pelajar (Jan - Dec ) dan Pemberian Hadiah Daripada Pihak Tadika
- Aktiviti - Hari Graduasi (penyerahan sijil, persembahan pelajar dan penganugerahan Tokoh Pelajar Cemerlang)
## Aktiviti dijalankan pada hari Jumaat minggu terakhir setiap bulan.
## Setiap aktiviti dilakukan oleh pelajar sendiri sepenuhnya dengan bimbingan guru.
## Hasil setiap kraf akan dibawa pulang oleh pelajar.
Saturday, April 11, 2009
'GRADUATION DAY - 2008' ... DALAM KENANGAN



Moga pengorbanan kami dikenang selamanya...
Cikgu Yusnida
April 2009
WHERE EDUCATION BECOMES ALIVE, FUN & ENJOYABLE


- Pendidikan Pra-sekolah yang terbaik, iaitu silibus dan buku-buku latihan/teks yang terbaik dipilih oleh guru-guru kami. Malahan kami juga menyediakan silibus pembelajaran tersendiri yang diilhamkan oleh guru-guru kami bersesuaian dengan usia pelajar.
- Kurikulum yang unik dan kreatif untuk menggalakan kreativiti (pemikiran) pelajar kami.
- Persekitaran yang selamat dan kondusif dalam membantu pelajar kami membina identiti diri mereka ke arah keseimbangan dunia dan akhirat.
- Pembelajaran dan bimbingan berterusan dalam komunikasi terutama di khalayak ramai (Public Speaking)
- Penerapan konsep pembelajaran berteraskan Islam dengan menerapkan amalan-amalan berdoa, zikir dan amali solat. Terbukti pada tahun 2008, pelajar kami seawal usia 5 tahun telah mampu mendirikan solat dengan bacaan yang betul. Kami percaya, pada usia mereka ini harus diterapkan asas fardhu ain untuk membina muslimin dan muslimah yang beriman.
- Laporan penuh pembelajaran/peribadi pelajar setiap semester.
- Guru-guru berpendidikan dan berpengalaman dalam dunia pendidikan awal kanak-kanak. Malah guru-guru kami menyediakan modul pendidikan mereka terutama dalam proses membaca Bahasa Melayu, English, Jawi dan Bahasa Arab.
InsyaAllah, pada tahun ini kami akan menerapkan lagi lebih ilmu terutama didikan keagamaan kepada para pelajar kami. Amanah yang Allah berikan ini tidak akan kami persiakan.
Kami amat berterima kasih kepada ibu bapa pelajar yang memahami tugas kami dalam mendidik dan mencorak masa depan anak-anak mereka ini. Kerjasama yang ibu bapa telah berikan amat kami hargai.
BANTULAH KAMI MENCORAK KECEMERLANGAN ANAK-ANAK INI..
TEGURLAH KAMI JIKA ANDA RASA KAMI TERSASAR..